Tarikh | : 14 Disember 2018 | Jumaat |
Masa | : 8.00pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : Perkarangan Pusat Internet Kg. Tunku Ab Rahman Putra |
Peserta | :92 Orang |
TUJUAN:
Program Jom Sihat bersama Pusat Internet diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ni diadakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kuala Balah dan KOSPEN. Program ini juga diadakan untuk mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti setempat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan persekitaran kesihatan dan persekitaran bersih.
AKTIVITI:
Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 92 Orang pengunjung telah hadir untuk program ini. Seterusnya diikuti dengan aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan yang melibatkan timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit pinggan dan tekanan darah. Turut diadakan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung.
Untuk kanak-kanak diadakan aktiviti mewarna dengan tema kesihatan. Untuk golongan belia diadakan aktivit dan pertandingan Dashboard Komuniti. Peserta dikehendaki mencari artikel kesihatan dan muat naik dalam portal Dashboard Komuniti.
Selain itu diadakan bengkel My Shop juga turut diadakan untuk para pengunjung. Program berakhir selepas makan tengah hari diedarkan.