KEMUDAHAN ASAS
Masjid Al-Rahmaniah
Masjid Al-Rahmanian adalah nama Masjid Besar Kuala Balah merupakan Masjid Utama yang digunakan oleh penduduk setempat.
Fungsi
- Tempat solat berjemaah
- Solat Jumaat
- Tempat Majlis Ilmu
- BacaanYasin
Iman Masjid
- Zainuddin Bin Awang
Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) KESEDAR Kuala Balah
R & R Kesedar Kuala Balah terletak di Jalan Utama yang menghubungkan Bandar Kuala Krai, dan Gua Musang. R & R ini merupakan tempat persinggahan untuk pengguna jalanraya yang menggunakan laluan ini.
Stesen Bas Mini Kuala Balah
Stesen bas mini terletak berhampiran dengan pekan Kuala Balah. Kedudukan Stesen Bas mini ini yang berhampiran dengan pekan Kuala Balah memudahkan penduduk setempat untuk ke bandar Jeli atau untuk penduduk mukim lain yang hendak datang ke Pekan Kuala Balah dengan menggunakan perkhidmatan bas.
Gelanggang Futsal 1Malaysia
Kg Tunku Abdul Rahman Putra juga mempunyai Kemudahan asas untuk bersukan iaitu Gelanggang Futsal 1Malaysia. Ia dibina untuk kegunaan penduduk setempatuntuk bersukan dengan bermain futsal.
Pasar Kuala Balah
Pasar Kuala Balah adalah tempat pasar tani atau pasar minggu dijalankan, Pasar ini diadakan pada setiap hari Jumaat. Penduduk setempat dapat memperolehi barangan hasil pertanian, barangan dapur, peralatan komunikasi dan buah-buahan yang dipasarkan oleh peniaga tempatan dan peniaga dari luar.
*Sumber: Ketua Kampung