Nama                    : Syahirah Binti Azmi                                           
Umur : 21 Tahun
Ahli : 26 Januari 2017

 

Latar belakang

Seorang surirumah berumur 21 tahun, berniaga barangan aksesori viral untuk menambah pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum belajar di PIM,berniaga secara secara lama tidak meluas hanya untuk penduduk setempat sahaja tidak menjalani transaksi online dan pkhidmatan pos.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas di PIM beliau dapat meniaga secara meluas, menjalankan secara online dan menggunakan perkhidmatan pos serta promosi secara online

Nama               : Muhammat Ali Bin Hussin                                     
Umur  : 61 Tahun
Ahli : 24 Disember 2019

 

Latar belakang

Seorang Pesara Askar yang ingin mendalami ilmu ICT. Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Warga Emas Kuala Balah dan memerlukan beliau untuk menggunakan perisian ini dalam urusan kerja beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum menjadi ahli PIM dan mengikuti Kelas ICT di PIM Kg Tunku Abdul Rahman, pengetahuan beliau dalam bidang ICT kurang. Selepas dilantik menjadi Setiausaha Persatuan Warga Emas, beliau telah mengikuti kelas komputer di PIM untuk meningkatkan ilmu tentang ICT dan perisian komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti kelas di PIM, pengetahuan beliau tentang ICT semakin meningkat, telah mempelajari pengenalan komputer dan sistem operasi, asas Internet & Emel, pemprosesan kata (Microsoft word & Publisher ) dan pengenalan Internet.

Nama                : Ahmad Amin Qushairi Bin Malikumuzaffar         
Umur : 10 Tahun
Ahli : 12 Mei 2017 

 

Latar belakang

Pelajar Sekolah Rendah, yang ingin mendalami ilmu ICT & Mengulang Kaji pelajaran secara atas talian

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum menjadi ahli PIM dan mengikuti Kelas ICT di PIM Kg Tunku Abdul Rahman, Pengetahuan beliau dalam bidang ICT kurang. Beliau telah mengikuti kelas komputer di PIM untuk meningkatkan ilmu tentang ICT.

 

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti kelas di PIM, pengetahuan beliau tentang ICT semakin meningkat, telah mempelajari asas Ms Word, pengenalan Internet ( laman web pembelajaran) & dapat belajar secara atas talian (E-Learning).

Nama               : Nurmalisa Surani Binti Tasaman                           
Umur : 23 Tahun
Ahli : 14 Disember 2018

 

Latar belakang

Berumur 22 tahun, menjalani perniagaan sendiri, menjual makanan seperti Burger Cheese, Ayam Goreng Cheese, Popcorn Cheese, serta pelbagai jenis minuman.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum belajar di PIM, tidak menggunakan ICT untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian dan tidak mempunyai logo.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas di PIM beliau dapat mempromosi perniagaan secara atas talian serta Flyer dan mempromosi melalui myshop.

Nama                 : Che Rohana Binti Che Kob                                 
Umur : 47 Tahun
Ahli : 14 Julai 2017

 

Latar belakang

Berumur 47 Tahun,seorang suri rumah & menjalani perniagaan makanan secara kecil-kecil bagi mengisi masa terluang dan menambahkan pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum belajar di PIM, tidak menggunakan ICT untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian dan tidak mempunyai Flyer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas di PIM beliau dapat mempromosi perniagaan secara atas talian dan mempunyai Flyer untuk promosi