Tarikh | : 18 Mac 2023 | Sabtu |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 pagi |
Lokasi | PEDi Kg TAR Putra |
Peserta | 1 Orang (M. Aliuddin Bin A.Hadi) |
TUJUAN:
Kelas diadakan bertujuan membantu peserta (pelajar Giat Mara) mencari bahan belajar di internet serta belajar lebih lagi menu-menu yang terdapat di perisian Ms. Word dalam menyiapkan tugasan beliau.
AKTIVITI:
Peserta mencari bahan belajar di internet. Kemudian petugas membantu beliau 'save' untuk 'copy & paste' di dalam tugasan beliau. Pengajar membantu pelajar membina logo serta mencetak tugasan.
Tarikh | : 17 Mac 2023 | Jumaat |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg. Tunku Ab Rahman Putra |
Peserta |
: 2 orang 1. M Aiman Hakeem B. Sasahiran 2. W Adib Syamil B. Wan Azani |
TUJUAN:
Kelas diadakan bertujuan membantu para peserta memenuhi masa cuti sekolah dengan perkara berfaedah serta menambah kosa kata Bahasa Inggeris dan meningkatkan kemahiran Berbahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan.
AKTIVITI:
Peserta membuka laman web (Digipuzzle - Educational games & Puzzle). Peserta mula menyelesaikan puzzle yang tersedia sambil dibantu oleh tenaga pengajar.
Tarikh | : 19 & 20 Februari 2023 | Ahad & Isnin |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Kg TAR Putra |
Peserta | : 1 orang ( Puziah Binti Ismail) |
TUJUAN:
Kelas diadakan bertujuan membantu peserta yang merupakan suri rumah untuk membuat permohonan bantuan MAIK.
AKTIVITI:
Peserta diberi tunjuk ajar dari mula melayari website yang sepatutnya sehingga beliau mengisi semua butiran yang diminta serta sehingga menghantar permohonan tersebut ke pihak MAIK. Petugas juga membantu peserta mencetak, mengimbas serta memuat naik dokumen-dokumen yang dikehendaki.
Tarikh | : 23 Februari 2023 | Khamis |
Masa | : 10.30 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Kg TAR Putra |
Peserta | : 1 orang |
TUJUAN:
Kelas diadakan bertujuan membantu para peserta menambah pengetahuan berkenaan perisian Ms. Word dan seterusnya membantu beliau menyiapkan surat bagi tujuan urusan beliau.
AKTIVITI:
Petugas menerangkan asas-asas perisian Ms Word kepada peserta. Kemudian peserta menaip menyiapkan surat beliau di bantu oleh petugas.
Tarikh | : 15 Januari 2023 | Ahad |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Kg TAR Putra |
Peserta | : 1 orang |
TUJUAN:
Membantu penjaga untuk melakukan permohonan bagi Tahun 1 2023 untuk anak jagaan beliau.
AKTIVITI:
Petugas membantu penjaga melayari laman web yang sepatutnya. Petugas menerangkan cara mencipta akaun serta cara-cara mengisi borang online tersebut. Penjaga mencipta akaun dan seterusnya mengisi semua butiran yang diperlukan sambil dibantu oleh petugas. Setelah selesai memghantar borang tersebut, petugas membantu mencetak untuk kegunaan penjaga.