Tarikh  : 14 Januari 2023    |    Sabtu                                 
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : PEDi Kg TAR Putra
Peserta            : 5 orang 

 

TUJUAN:

Kelas diadakan untuk membantu para pelajar tahun enam menyiapkan tugasan sekolah dan mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat yang diinginkan.

 

AKTIVITI:

Peserta diajar mencari maklumat menggunakan 'search engine' yang disediakan. Kemudian petugas menerangkan cara-cara untuk simpan/save maklumat tersebut. Seterusnya peserta diajar cara untuk memasukkan maklumat yang telah disimpan ke dalam perisian Ms Word. Peserta melakukan kerja-kerja mengedit sebelum print/cetak untuk dihantar kepada guru masing-masing

Tarikh              : 11 Disember 2022    |    Ahad                              
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat :PEDi Kg TAR Putra
Peserta 1 orang (Norul Akma Binti Mohd Basri)

 

TUJUAN:

Kelas diadakan bertujuan menambah kemahiran berkenaan komputer peserta serta membantu menyiapkan laporan perniagaan beliau.

 

AKTIVITI:

Peserta diajar menggunakan komputer seperti 'rename' fail, 'upload' dokumen dan gambar, cara 'save' fail mengikut format yang diingini serta 'edit' dokumen. Kemudian petugas membantu peserta dalam menyiapkan laporan beliau.

Tarikh           : 25 November 2022    |    Jumaat                           
Masa : 11.00pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : PEDI Kg TAR Putra
Peserta : 1 Orang (Rozilina Binti Hassan)

TUJUAN:

Kelas ini diadakan bertujuan membantu peserta menambah pengetahuan/ maklumat berkenaan aplikasi shopee sebagai seorang seller.

 

AKTIVITI:

Peserta menyampaikan permasalahan beliau di aplikasi shopee. Kemudian petugas membantu menyelesaikan permasalahan tersebut disamping berkongsi berkenaan beberapa informasi berkenaan kedai shopee seller tersebut. Peserta berjaya kemaskini kedai shopee beliau.

Tarikh               : 13 Disember 2022    |     Selasa                         
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat PEDi Kg TAR Putra
Peserta : 20 orang

 

TUJUAN:

Kursus diadakan bertujuan memberi latihan dan ilmu kepada usahawan serta bakal usahawan berkenaan beberapa strategi pemasaran untuk aplikasi shopee bagi membantu meningkatkan jualan mereka.

 

AKTIVITI:

Penerangan oleh tenaga pengajar berkaitan aplikasi shopee. Seterusnya para peserta diberi tugasan sambil dibantu oleh tenaga pengajar. Terdapat sesi soal jawab antara peserta dan tenaga pengajar bagi masalah yang dihadapi dalam menjalankan bisnes dalam aplikasi shopee. Selain itu, terdapat juga ikon usahawan berkongsi kisah kejayaan beliau dalam perniagaan yang dijalankan.

 

Anjuran: Pejabat MARA Daerah Jeli

 >>gambar disini<<

Tarikh           : 14 November 2022    |    Isnin                              
Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : PEDI Kg TAR Putra
Peserta : 1 Orang ( Maryani Binti Zahari)                         

 

TUJUAN:

Kelas diadakan bertujuan membantu peserta menyiapkan Resume untuk kegunaan dalam memohon pekerjaan.

 

AKTIVITI:

Peserta mengakses kepada website CANVA dengan bantuan petugas. Peserta menyiapkan resume dengan tunjuk ajar dari petugas.