Tarikh | : 28 November 2019 | Khamis |
Masa | :9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pi TAR Putra |
Peserta | : 65 Orang (Pengunjung) |
TUJUAN:
Program ini merupakan acara tahunan Pi dan bertujuan merapatkan hubungan antara pihak Pi dengan komuniti setempat disamping menggalakkan komuniti untuk cakna dalam menjaga kesihatan.
AKTIVITI:
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah Cabutan Bertuah, Pertandingan Mewarna Poster, Kuiz Online, Taklimat Advokasi, Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma, Taklimat dan Demo Cara Gosok Gigi serta aktiviti Gosok Gigi di kalangan kanak-kanak.
Tarikh | : 24 November 2019 | Ahad |
Masa | : 2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : Pi TAR Putra |
Peserta | : 5 Orang |
TUJUAN:
Tujuan kelas ini adalah untuk membantu para peserta untuk mencipta akaun email untuk digunakan dalam kepelbagaian urusan di masa hadapan.
AKTIVITI:
Staf menerangkan serba sedikit kepentingan serta kegunaan email kepada para peserta. Staf menunjukkan cara-cara untuk mencipta email dari mula sampai akhir diikuti oleh para peserta. Kemudian para peserta memcipta satu akaun facebook menggunakan email tersebut sebagai salah 1 latihan.
Tarikh | : 7 September 2019 | Sabtu |
Masa | : 8.00 pagi - 4.00 petang |
Lokasi | : Taman Rekreasi Cahaya Ibadah, Gunung Reng |
Peserta | : 50 orang |
TUJUAN:
Program ini adalah anjuran dari Perpustakaan Desa Batu Melintang dan bekerjasama dengan Pusat Internet Kluster Jeli yang mana objektif utama adalah untuk memperkenalkan perpustakaan desa di samping itu mengeratkan hubungan masyarakat dengan ketua daerah serta penghulu dan tidak ketinggalan juga memperkenalkan Pusat Internet yang mendapat jemputan untuk menyertai booth yang disediakan.
AKTIVITI:
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan diadakan untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang tua. Antaranya ialah dam gergasi,meniup belon beracun,word search,bina perkataan dan banyak lagi.
Tarikh | : 17 Oktober 2019 | Khamis |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : SMK Jeli 2 |
Peserta | : 25 Orang |
TUJUAN:
Program ini adalah bertujuan untuk memberi panduan dan kesedaran tengtang penggunaan internet secara berhemah. Selain itu, ianya juga untuk membina semangat kerjasama antara kumpulan / perserta dan mengeratkan hubungan antara petugas pusat internet dan komuniti.
AKTIVITI:
Sesi 1: Petugas memberi penerangan berkenaan objektif program pada hari tersebut kepada para peserta.
Sesi 2: Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (5orang) dan menyiapkan tugasan yang diberikan
Sesi 3: Petugas memberi penerangan ringkas tentang panduan kesedaran (Klik Dengan Bijak). Diikuti perbentangan oleh setiap kumpulan
Sesi 4: Open Quizes
Sesi 5: Penyampaian hadiah kepada para peserta dan juga pihak sekolah
>>gambad disini<<
Tarikh | : 01 Ogos 2019 | Khamis |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pi TAR Putra |
Peserta | : 10 0rang |
TUJUAN:
Tujuan aktiviti ini adakan sebagai salah satu bentuk promosi berkenaan E-Waste / Klik Dengan Bijak / Kemerdekaan sempena program Hari Bersama Komuniti HBK 2019.
AKTIVITI:
Peserta diberi briefing cara-cara mencipta poster. Staf menunjukkan cara-cara terlebih dahulu. Seterusnya para peserta diberi masa mencipta poster masing-masing mengikut tema yang diberikan. Mereka juga diajar bagaimana untuk simpan (save) hasil kerja mereka. Kemudian staf sebagai juri memilih para pemenang.