Tarikh | : 23 Mac 2021 |
Masa | : 11.00 - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PIK Kg. TAR Putra |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN:
Kelas ini diadakan untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM 2020 mengisi / memohon UPU secara atas talian.
AKTIVITI:
Petugas membantu para pelajar akses kepada website dengan melayari link yang diberi. Petugas membantu para pelajar mengisi permohonan sehingga selesai. Akhir sekali, petugas membantu mencetak keluar slip permohonan mereka.
Tarikh | : 23 Mac 2021 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : PIK Kg. TAR Putra |
Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN:
Kelas ini adalah bertujuan membantu pelajar (tahun 5) mengisi data persekolahan dan seterusnya menjawab ujian UMK1 2021 yang disediakan bagi memenuhi permintaan para guru. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk percalonan murid-murid berusia 8 - 15 tahun untuk menyertai beberapa program yang di tawarkan.
AKTIVITI:
Petugas membantu pelajar memasuki link yang diberikan 'http://ujianukm1.permatapintar.edu.my'. Seterusnya pelajar butiran-butiran yang diperlukan. Kemudian para pelajar mula menjawab ujian/ soalan yang disediakan sehingga selesai.
Nama | : Ali Akmal Bin Mat Yusoff |
Masa | : 10.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : PIK Kg TAR Putra |
Tarikh | : 20 Januari 2021 | Khamis |
TUJUAN:
Kelas ini diadakan adalah bertujuan membantu peserta untuk mengisi / kemaskini data beliau di dalam portal SPA9.
AKTIVITI:
Peserta akses kepada portal SPA9 dan mengisi segala butiran yang diminta sambil dibantu oleh petugas.
Tarikh | : 2 Februari 2021 |
Masa | : 11.30 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | : PIK Kg. TAR Putra |
Peserta | : 4 orang |
TUJUAN:
Kelas diadakan untuk membantu para ibu/ bapa/ penjaga pelajar untuk mengemaskini data murid bagi anak masing-masing seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah. Kemaskini data tersebut dilakukan di website: public.moe.gov.my
AKTIVITI:
Para ibu/ bapa/ penjaga mengenal pasti data yang perlu di kemaskini. Petugas membantu ibu/ bapa/ penjaga melayari link website yang dibekalkan oleh guru. Ibu/ bapa/ penjaga mencipta akaun terlebih dahulu dan seterusnya mengisi data/ kemaskini data yang diperlukan
Nama | : NUR FARISYA ILYANA |
Umur | : 13 Tahun |
Ahli | : 13 Januari 2018 |
Latar belakang
Seorang Pelajar sekolah sekolah menengah yang ingin mendalami ilmu ICT. Beliau selalu menggunakan komputer dan Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Sebelum menjadi ahli PIM dan mengikuti Kelas ICT di PIM Kg Tunku Abdul Rahman, pengetahuan beliau dalam bidang ICT dan penggunaan komputer adalah kurang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Setelah mengikuti kelas di PIM, pengetahuan beliau tentang ICT semakin meningkat,dapat menggunakan komputer dengan mahir & mencari bahan pembelajaran dalam internet dengan sendiri.