Tarikh | : 3 Mei 2018 |
Masa | : 8.30 pagi - 1.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Tunku Ab Rahman Putra |
Kerjasama | : PI1M Batu Melintang, PI1M Jeli, PI1M Renyut, PI1M TAR Putra |
TUJUAN:
Program ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan kewujudan pusat internet dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti serta merapatkan silaturahim antara kedua-dua nya.
AKTIVITI:
Antara aktiviti - aktiviti yang diadakan pada program ini adalah Mewarna (Tadika & PDK), Menaip Pantas (Wanita & Lelaki), Treasure Hunt, Mini Explorace, KDB Talk & Quiz dan Cabutan Bertuah. Aktiviti - aktiviti ini dijalankan secara berperingkat sepanjang program berlansung. ADUN Kuala Balah iaitu YB Datuk Aziz Bin Hj. Derashid dijemput untuk merasmikan program ini.
Program | : Pendaftaran E-Prasekolah 2019 |
Tarikh | : 8 April 2018 | 3.00pm - 4.00pm |
Tempat | : PI1M TAR Putra |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN:
Aktiviti ini bertujuan membantu ibu bapa yang kurang pengetahuan berkaitan ICT untuk membuat pendaftaran online bagi kemasukan anak-anak ke Pra Sekolah bagi tahun 2019.
AKTIVITI:
Petugas membantu peserta membuka laman web rasmi untuk pendaftaran tersebut. Peserta mengisi borang online dengan bantuan petugas. Setelah selesai mengisi, peserta mencetak borang yang telah lengkap diisi serta sudah dibuat pengesahan untuk dihantar ke sekolah yang dipohon.
Program | : Panduan Mengisi Permohonan Kerja (Online SPA) |
Tarikh | : 25 Mac 2018 | 9.45AM - 11.00AM |
Tempat | : PI1M TAR Putra |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan:
Membantu dan memberi panduan kepada peserta lepasan SPM untuk mengisi permohonan kerja online melalui website SPA
Aktiviti:
1) Para peserta membuka dan 'explore' laman web SPA
2) Para peserta mendaftar akaun
3) Para peserta mengisi jawatan kosong mengikut minat dan kelayakan masing-masing
Program | : Kelas Asas Microsoft Word |
Tarikh | : 8 April 2018 | 2.30pm - 3.30pm |
Tempat | : Pusat Internet 1Malaysia Kg TAR Putra |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN:
Membantu para peserta mahir menggunakan perisian Mic. Word serta membantu mereka untuk mencipta resume yang baik untuk memohon pekerjaan.
AKTIVITI:
Para peserta diperkenalkan kepada perisian Mic. Word. Petugas menunjukkan menu-menu yang penting dalam penggunaan Mic. Word. Peserta berlatih menggunakan perisian tersebut. Peserta mencari contoh resume di dalam internet. Peserta mencipta resume masing-masing menggunakan contoh dengan tunjuk ajar petugas.
Program | : Permohonan Online UPU |
Tarikh | : 18 Mac 2018 |
Tempat | : PI1M Kg. TAR Putra |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan:
Program ini adalah bertujuan membantu para pelajar lepasan SPM mengisi permohonan UPU secara atas talian
Aktiviti:
Para pelajar diajar cara untuk membuka link 'https://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline/' .Para pelajar login menggunakan no pin masing-masing yang dibeli melalui Bank Simpanan Nasional. Para pelajar mengisi borang permohonan dibantu oleh petugas. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan serta menghantar permohonan, mereka mencetak borang permohonan bagi rujukan mereka pada masa akan datang