Program | : Kelas Microsoft Power Point |
Tarikh | : 6 Februari 2018 |
Tempat | : PI1M Kg. TAR Putra |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan:
Mendedahkan aplikasi perisian Mic. Power Point kepada peserta serta memahirkan mereka dan membantu peserta menyiapkan tugasan masing-masing menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti:
Petugas menerangkan pengenalan kepada Mic. Power Point kepada para peserta. Peserta diberikan manual sebagai rujukan. Peserta mengikuti segala arahan di dalam manual yang disediakan. Kemudian sesi soal jawab diantara peserta dan petugas dimana peserta boleh bertanyakan apa-apa soalan berkaitan bab yang mereka pelajari. Seterusnya peserta menyiapkan tugasan yang diberikan.
Program | : Kelas Mocrosoft Word |
Tarikh | : 4 Februari 2018 |
Tempat | : PI1M Kg. TAR Putra |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan:
Memberi pendedahan asas Microsoft Word kepada pelajar lepasan SPM.
Aktiviti:
1) Petugas memberi penerangan berkenaan Mic. Word
2) Para peserta mengikuti arahan di dalam manual yang disediakan
3) Peserta berlatih menaip
4) Peserta menyiapkan latihan yang diberikan
Program | : Kelas Microsoft Word |
Tarikh | : 05 - 19 Dis 2017 |
Tempat | : PI1M Kg. TAR Putra |
Peserta | : 2 Orang Peserta |
Tujuan:
Mendedahkan para peserta kepada perisian Microsoft Word dan memahirkan mereka dalam menggunakan perisian tersebut
Aktiviti:
1) Pengenalan kepada Mic. Word.
2) Peserta mengikuti segala arahan dalam manual yang diberikan.
3) Peserta berlatih menaip
4) Peserta menyiapkan Peta Minda sebagai latihan.
Program | : Puzzle Online (pelajar sekolah rendah) |
Tarikh | : 21 Dis 2017 |
Tempat | : PI1M Kg. TAR Putra |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan:
Mengisi masa lapang peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah rendah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dah menguji minda.
Aktiviti:
1) Petugas memberi demo kepada peserta.
2) Peserta diberi peluang menyiapkan / explore permainan puzzle dengan bimbingan petugas.
Program | : Borang online SPA8 |
Tarikh | : 11 Disember 2017 | Isnin | 9.30 am - 10.30 am |
Tempat | : PI1M Kg. Tunku Ab Rahman Putra |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan:
Panduan kepada peserta untuk mendaftar & mengisi borang SPA8 secara online dalam usaha mencari pekerjaan
Aktiviti:
1) Petugas menerangkan cara-cara mendaftar kepada peserta.
2) Peserta mendaftar akaun masing-masing.
3) Peserta mengisi borang SPA mengikut kelayakan dan dibantu oleh petugas.
>> gambar disini <<